SESUNGGUHNYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MENJADI TENANG.
|
Surah Ar-Ra'd. Ayat 28. |
"(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati
manusia.
Those
who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of
Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu...
Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah
sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat
hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan
hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu...
Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar...
Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria...
Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa..
Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi...
Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai, dicintai
dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha
Penyayang terhadap hamba-Nya...
Jika kau merasa miskin, kau pintalah
kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi
kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan
kegembiraan dalam hidupmu...
Jika kau merasa penat, ingatlah Allah
yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara
dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya
sibuk dengan kerja harianmu...