Tuesday 6 November 2012

sayang mak

Asslamualaikum...apa khabarA sume follower2 blog ini..heheh..ade ke follower blog ny?..harap2 ade la ye..post kali ini ttiba je ase nk tulis pasal ibu..sebenarnye rindu pd mak yg tersayang di rumah..Harap mak sentisa sihat & happy skmo..kt bawah ny ade sajak, special buat mak tersayang..^_^

Ibu...
ibulah ratu hatiku
bila ku terluka
ibulah datang merawati
bila ku rasa sepi
ibulah datang menemani
tak pernah pun
ibu mengeluh
Ibu...
ibulah ratu hatiku
sayang ibu selamanya

Friday 28 September 2012

Nur Amni Qaisara

Assalamualaikum...

Sudah lame benor x update blog ny...rndu plak nk tlis something kt cny..hehe..pjam celik pjam celik da sem 3 aku di bumi Usim ni..Rasa berdebar + takut + excited + cuak, sume perasaan ada ketika ini untuk melalui kehidupan sebagai pelajar di cini..semakin lame semakin mencabar..Ya Allah..Permudahkanlah urusan ku..Rahmatilah diriku..Ampunilah dosaku..Aminn..Urmm..utk pengetahuan korang2 yg sudi baca post ini, aku nk share good news ngan korang..Pada 7 september aku menimang ank sedara perempuan..haa..nk taw x nme baby girl ni Nur Amni Qaisara bt Nor Kamarul...Tahniah diucapkan kpd my brother n sister in law..


baby gurl....

Saturday 23 June 2012

KeTeNaNgaN HaKiKi

SESUNGGUHNYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI AKAN MENJADI TENANG.

Surah Ar-Ra'd. Ayat 28.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."



Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu...

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu...

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar...

Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria...

Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa..

Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi...

Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya...

Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu...

Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu  untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu...

Tuesday 19 June 2012

Rasulullah SAW Selalu Tersenyum



Rasulullah SAW sangat terkenal dengan senyumannya. Banyak kesaksian dan kisah Rasulullah SAW yang diceritakan oleh para sahabat, diantaranya adalah:
  1. Rasulullah SAW menyatakan bahwa senyum adalah ibadah
  2. Rasulullah SAW selalu tersenyum pada istrinya
  3. Senyuman merupakan wujud tertawa Rasulullah SAW. Beliau tidak pernah tertawa terbahak-bahak
  4. Rasulullah SAW menggunakan senyuman ketika menegur seseorang
  5. Rasulullah SAW tetap tersenyum ketika menerima ancaman.
  6. Rasulullah SAW tersenyum ketika membebaskan tawanan orang kafir
  7. Walaupun Rasulullah SAW sering tersenyum ketika disakiti, namun jika hukum Allah dilanggar, wajahnya akan memerah kerana marah.
 
Senyuman itu menawan,
Senyuman itu sedekah,
Senyuman itu membuatkan orang lain gembira,
Oleh itu, senyum-senyumlah selalu...

p/s kpd : tuan pnye blog n pengunjung2 yg sudi menjenguk blog ny...hehehe

Tuesday 5 June 2012

SeLaMaT PeNgaNtiN BaRu

Assalamualaikum...for post kali ny aku nk cite cket ttg wedding aku....opps!! silap tulis daa,  perkahwinan kakak aku not me n jmput mnnantu abg...hehehe.. pd 2 Jun 2012...aku adalah antara adk brdik yg blk lmbt skli..org len da blk awal kot utk wat persiapan..disebabkan aku ade klas ag, so aku blk pg jumaat 1jun...wk2 ak sampai dlm kul 4 ptg kt umh. org da ramai gle kt umh..al maklumla family besar + org kg yg dtg mnolong...sgan pon ade..huhu..smpai jew trus ak p salam ngan adk beradik n sdara mara..da lme x jmpe la ktekan...yg ak plg ske skali dorang ade ckp smthing kt aku...haa..nk taw pe.."eh, adk tiqah nmpk krus la"..waa, ske bnor dgr statement 2..hehehe..tp ade gak yg x sdap apabile mndgarnye..hehe..ade yg kte aku mkin glap..hahaha..mmg pon..maklumla, kt usim ny aku ske jln kaki + men tnis...hehehe..Urmm..kakak aku akad nikah Jumaat ptg lpas asar..ny gmbrnye wk2 akad nikah~

alhamdulillah....selesai diijab kabulkan..

Selepas selesai majlis akad nikah, mlm 2 kt umh aku ade wat bacaan tahlil..rmai gak yg dtg...aku sbgai tuan rumah of course la kne wat keje..tlg-tlg la wat ape yg ptot...hehe..keesokkn hari  adalah majlis besarnye...majlis perkahwinan kakak aku n jmput mnnantu abg, so dri pg sume bertungkus lumus utk persipan knduri 2..aku dtugaskan oleh kakak aku utk bagi cenderahati kt tetamu..agk pnt gak kehulu kehilir bg tetamu cndrahti, tp dsebabkan kakak yg kwen, so no hal la..hehehe..ny gmbr2 hari bahagia bg kakak aku..

org kampung dok siang daging...

terima kasih kpd org kg yd dtg mnolong...

kakak n ank2 buah..

flower girl ~ dhiya, wajihah, dina, nayli n umi

selamat pengantin baru!!!

kakak n husbandnye

2 pasangan pengantin...sweet

abg n wifenye

kelurga besar aku...ny rmai ag yg x msuk

skuad oren..hehehe..not sispa k..

bgambar slpas mjlis...pnat..

kngan manis wat sume
Semoga kakak n husband & abg n wife bahagia hingga akhir hayat...ok sampai di cny sahaja story ku..hehehe..ok..tata

Tuesday 22 May 2012

Nak cerita pon malas

Assalamualaikum...ak chat jew..hehehe...korang2 chat?..ak skang agk cbuk untuk mnyiapkan assgmnt2 yg due date nye hmpir tiba..dlm hati korang msty ckp..pdn muke, 2 la spe suh wat keje lmbt2 @ last minit...hahaha...btol x?...sbnrnye bkn niat dihati nk wat keje last minit... tp x sempat...klas sem ny full!! tggl smnggu lbh aje kuliah utk sem ny...harap2 aku n kengkawan yg lain dpt mengharunginye dgn tabah n happy...hehe..chaiyok2..kt bwh ny ad story lawak nk share ngan korang...ok..selamat membaca!!


kisahnye bermula......


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”


Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”


Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”


Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”


Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”


Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”


Maka raja pun terdiam seketika.


Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”


Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.

Friday 18 May 2012

Bila dilanda tekanan dan dukacita

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang. Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita kongsikan dugaan dan ujian yang menguji empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang?
Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa. Rasulullah s.a.w mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepada-Nya semata-mata. Kepada-Nya kita menghambakan diri dan kepada-Nya jua kita memohon segala pertolongan.
"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."
Kisahnya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!"
Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).
Ada baiknya kita beramal dengan doa ini pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan Allah s.w.t. Doa ini adalah sebahagian daripada 'Al-Ma'thurat', yang bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.
Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: "Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."
Mari kita ingat akan janji Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagi-Nya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)


Selamat beramal....