Thursday 12 April 2012

Teka-teki


Assalamualaikum..

Hai kawan2…hope u all chat sokmo la hendaknye…post kali ni ak akn sediakan teka-teki versi ke-2 utk korang…hehehe..dah bsedia utk mnjwb?  Sape dpt jwb ngan btol ak bg gule2 sbji..ok x?  hehehe

Ok…soklan pertama,
Dalam banyak2 pokok, pokok ape yg plg berani? Dan kenapa ianya berani?
pokok yg plg berani????

Soklan ke-2 lak,
Ini teka-teki tentang ikan.  Ada berbagai jenis ikan, tetapi ada satu jenis ikan ni semuanya hanya jantan sahaja tiada seekor pon yang betina. Ikan apakah itu?
my name is.....
Haa..camne? bley jwb x? hehehe..

Wednesday 11 April 2012

METAFORA : Si anak gajah

Assalamualaikum.

Mari kita berkongsi sesuatu yang baik kawan2.. 
 
Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, sedangkan rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan. 
 
anak gajah yang takut...cam ak la plk...hehe
Setelah bertahun dengan keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan lain2 anggota badannya turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja, besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tidak mampu melakukannya.
gajah dewasa yg kuat tp takut
 
Inilah akibatnya apabila hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia pun, apa yang dialami oleh gajah turut terjadi. Bangunlah semula jika terjatuh kerana kita ada Allah yang menemani perjalanan kita.

Sumber : Majalah Solusi Isu 17