Assalamualaikum...ak chat jew..hehehe...korang2 chat?..ak skang agk cbuk untuk mnyiapkan assgmnt2 yg due date nye hmpir tiba..dlm hati korang msty ckp..pdn muke, 2 la spe suh wat keje lmbt2 @ last minit...hahaha...btol x?...sbnrnye bkn niat dihati nk wat keje last minit... tp x sempat...klas sem ny full!! tggl smnggu lbh aje kuliah utk sem ny...harap2 aku n kengkawan yg lain dpt mengharunginye dgn tabah n happy...hehe..chaiyok2..kt bwh ny ad story lawak nk share ngan korang...ok..selamat membaca!!
kisahnye bermula......
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin
belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat
pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik
adalah yang paling malas.”
Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”
Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”
Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”
Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika.
Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.”
Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
"Setiap orang yang lahir ke dunia ini adalah ibarat permata berlian yang teramat berharga, akan berkilauan tatkala diperbentuk dan dipergilap dengan ilmu yang penuh bijaksana"
Tuesday, 22 May 2012
Friday, 18 May 2012
Bila dilanda tekanan dan dukacita
Sebagai seorang manusia
biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali
kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan
malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada
penindasan orang. Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita
kongsikan dugaan dan ujian yang menguji empunya diri ini dari hari ke
hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang?
Kesediaan manusia
terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan
kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar
kemampuan manusia biasa. Rasulullah s.a.w mengajar kita agar sentiasa
mendambakan diri hanya kepada-Nya semata-mata. Kepada-Nya kita
menghambakan diri dan kepada-Nya jua kita memohon segala pertolongan.
"Ya Allah, aku
berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung
dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada
sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan
hutang dan penindasan orang."
Kisahnya, pada suatu
hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid lalu terserempak seorang
yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: "Wahai
Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat,
kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai
Rasulullah!"
Jawab Rasulullah:
"Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan
menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah
menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu
pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di
atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu
Daud daripada Abu Said al-Khudri).
Ada baiknya kita beramal dengan doa ini
pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan
Allah s.w.t. Doa ini adalah sebahagian daripada 'Al-Ma'thurat', yang
bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan
al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dan dikumpulkan oleh al-Imam
al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.
Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah
jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah
kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: "Tanpa zikrullah secara
istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."
Mari kita ingat akan janji Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,
"
... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan
jalan keluar bagi-Nya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya
Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan
urusan-Nya. Sungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap
sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Selamat beramal....
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagi-Nya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Subscribe to:
Posts (Atom)